Home


PENGENALAN

Kelayakan Menerima Bantuan Kewangan

Majikan hanya layak menerima bantuan kewangan atau faedah lain di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia sekiranya tidak mempunyai bayaran levi yang tertunggak atau faedah yang belum dijelaskan.

Kelulusan bayaran bantuan kewangan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia adalah tertakluk kepada baki levi yang ada dalam akaun majikan.

Contoh :
a.
Baki Levi - RM1000.00
Tuntutan geran latihan - RM2100.00
Status tuntutan - DITOLAK
b.

Baki levi - RM1000.00
Tuntutan geran latihan - RM1800.00
Status tuntutan – DILULUSKAN bayaran untuk RM1,000.00 sahaja dahulu. RM800.00 lagi akan dibayar apabila akaun levi mempunyai baki RM800.00 atau lebih sebelum tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan.

Sekiranya baki levi adalah kurang daripada RM800.00 pada tarikh akhir, bayaran sebahagian lagi adalah tertakluk kepada baki levi yang ada dalam akaun majikan.

Setiap tuntutan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan bukti untuk menunjukkan bahawa bayaran telah dilakukan atau perbelanjaan telah dibuat. Bukti yang diperlukan oleh PSMB termasuklah resit, invois, baucar bayaran dan dokumen-dokumen lain seperti surat pengesahan dan penyata bank.

Borang tuntutan hendaklah dikemukakan selepas kursus tamat. Majikan tidak layak menerima geran latihan sekiranya tuntutan yang dikemukakan mempunyai perubahan tempoh latihan yang dikurangkan sebanyak 50% atau lebih berbanding kelulusan yang diberikan.

Contoh :
a.
Bilangan hari latihan yang diluluskan – 2 hari
Bilangan hari latihan sebenar – 1 hari
Status tuntutan – DITOLAK
Alasan : Tempoh latihan dikurangkan sehingga 50%
b.

Bilangan hari latihan yang diluluskan – 10 hari
Bilangan hari latihan sebenar – 4 hari
Status tuntutan – DITOLAK
Alasan : Tempoh latihan dikurangkan melebihi 50%

c.
Bilangan hari latihan yang diluluskan – 10 hari
Bilangan hari latihan sebenar – 6 hari
Status tuntutan – DILULUSKAN
Alasan : Tempoh latihan dikurangkan kurang 50%

Sekiranya tempoh latihan yang diluluskan dipanjangkan, bayaran geran latihan yang layak diterima oleh majikan adalah setakat yang diluluskan. Majikan tidak layak menerima bantuan kewangan sekiranya bilangan pelatih yang mengikuti latihan adalah kurang daripada 50% daripada yang diluluskan bagi latihan dalaman. Tuntutan juga akan ditolak jika kehadiran pelatih tidak mencapai 75% dari tempoh latihan sebenar.

Tarikh Akhir Mengemukakan Tuntutan

Tarikh akhir bagi majikan mengemukakan tuntutan untuk program latihan yang tamat dijalankan dalam satu-satu tahun ialah pada 30 Jun tahun berikutnya.

Cara Mengemukakan Tuntutan

Tuntutan yang dikemukakan hendaklah mengguna borang mengikut skim latihan yang dipohon.

Contoh :
a.
Program latihan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL), Pelan Latihan Tahunan (PLT) dan Skim Latihan Bersama mengguna borang PSMB/T/1/01.
b.

Program latihan di bawah Skim PERLA mengguna borang PSMB/PER/T1/01.

c.
Skim Pembelian Peralatan Dan Bilik Latihan mengguna borang PSMB/PL/1/01.

Setiap tuntutan yang dipohon hendaklah mengguna borang tuntutan yang berasingan bagi setiap kursus walaupun di bawah skim latihan yang sama.

Tuntutan hendaklah dibuat secara berasingan mengikut kumpulan atau modul sekiranya kelulusan yang diberikan oleh Bahagian Geran Latihan adalah secara berasingan mengikut kumpulan atau modul juga.

Syarat Utama Bayaran Geran Latihan

Pembayaran geran latihan tidak akan dipertimbangankan bagi program latihan yang tidak mempunyai kelulusan daripada Bahagian Geran Latihan kecuali bagi program latihan di bawah Skim PROLUS, PERLA dan pembelian perisian Latihan Berasaskan komputer (CBT).

BORANG TUNTUTAN

Panduan Mengisi Borang Tuntutan

Setiap borang tuntutan hendaklah diisi nombor kod majikan dengan betul

Nama majikan hendaklah dinyatakan seperti yang didaftarkan dengan PSMB.

Contoh 1 :

Nama Syarikat yang didaftarkan

a. Scientific Tools (Malaysia) Sdn Bhd

Pengisian Nama Syarikat yang tidak Diterima

Scientific Tools Sdn Bhd

  b.Perniagaan Sepakat Sdn Bhd

Perniagaan Sepakat

Contoh 2 : Nama Syarikat Yang Didaftarkan Pengisian Nama Syarikat Yang Tidak Diterima
  a. Tough Engineering (Malaysia) Sdn Bhd Tough Engineering (M) Sdn Bhd
  b. House Builders Berhad House Builders Bhd

Borang tuntutan hendaklah juga lengkap diisi bagi perkara-perkara berikut :-

  • nombor permohonan dinyatakan mengikut yang diberikan dalam surat kelulusan;
  • tarikh atau tempoh kursus yang diluluskan termasuk sebarang pindaan atau perubahan tarikh;
  • perbelanjaan-perbelanjaan yang hendak dituntut dinyatakan pada ruangan yang betul/berkaitan mengikut kelulusan yang diberikan;
  • ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa dan diturunkan cap jawatan pegawai tersebut; dan
  • senarai nama pelatih yang dinyatakan kewarganegaraannya, jantina dan nombor kad pengenalan.

Amaun yang hendak dituntut dan dinyatakan pada borang tuntutan hendaklah sama seperti amaun yang terdapat pada resit dan bukannya berdasarkan amaun yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan.

Majikan digalak menyatakan waktu latihan dijalankan serta jarak diantara tempat latihan dengan tempat bekerja pada borang tuntutan atau dokumen sokongan (bagi tuntutan selain daripada program PROLUS).

Pengisian Tajuk Kursus

Tajuk kursus yang diisi pada borang tuntutan di bawah Skim PROLUS dan PERLA hendaklah sama seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Program Latihan Yang Diluluskan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad iaitu sekiranya tajuk yang diluluskan adalah dalam Bahasa Melayu, tajuk kursus yang perlu dinyatakan pada borang tuntutan hendaklah dalam Bahasa Melayu juga.

Bagi skim-skim latihan lain selain daripada PROLUS dan PERLA, tajuk kursus yang dinyatakan pada borang tuntutan hendaklah sama seperti yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan atau dinyatakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris yang membawa erti yang sama seperti yang diluluskan.

Contoh :

Tajuk Kursus Yang Diluluskan

Tajuk Kursus Yang Dibenarkan Ditulis Pada Borang Tuntutan

  a. Diploma Pengurusan Personnel

Diploma In Personnel Management

  b. Seven Habits Of Highly Effective People Tujuh Tabiat Orang Yang Amat Berkesan
  c. BTEC Higher National Diploma In Engineering (Electrical /Electronics) Diploma In Electrical & Electronics (BTEC)

Tajuk kursus yang dinyatakan secara terbalik atau nama sama juga dibenarkan jika ianya memberi makna yang sama seperti surat kelulusan. Contoh tajuk kursus yang dinyatakan secara terbalik atau nama sama yang dibenarkan adalah seperti berikut:-

Tajuk Kursus Yang Diluluskan Tajuk Kursus Yang Dibenarkan Ditulis Pada Borang Tuntutan
a. Calibration and Measurement Course Measurement and Calibration Course
b. Technical & Mechanical Drawings Mechanical & Technical Drawings
c. Kursus Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 Kursus Akta 4
d. Kursus Occupational, Safety and Health Act, 1994 Kursus OSHA 1994

Tajuk kursus dilarang sama sekali dinyatakan secara singkatan walaupun pada pemahaman umum membawa erti yang sama seperti kelulusan yang diberikan.

Contoh kesalahan bagi tajuk kursus yang disingkatkan adalah seperti berikut :-

Tajuk Kursus Yang Salah Dinyatakan Tajuk Kursus Yang Betul Dinyatakan
a. EMS - Documentation & Procedures Environment Management Systems - Documentation & Procedures
b.D.G.R Dangerous Goods Regulations

Pindaan Tarikh Latihan

Tuntutan geran latihan akan ditolak sekiranya terdapat pindaan pada tarikh atau tempoh kursus yang melibatkan perubahan tahun tanpa mendapat persetujuan daripada Bahagian Geran Latihan walaupun tajuk kursus adalah sama.

Untuk mengelakkan kekeliruan, majikan juga diminta memaklumkan kepada Bahagian Geran Latihan bagi sebarang pindaan tarikh latihan walaupun ianya tidak melibatkan perubahan tahun.

Bagi Skim SBL-KHAS, PERLA dan SBL-PKS, sebarang pindaan tarikh latihan adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan telah mendapat persetujuan bertulis PSMB.

Pembetulan ke Atas Borang

Sebarang pembetulan termasuk penggunaan cecair pemadam hendaklah diturunkan tandatangan penuh oleh pegawai yang menandatangani borang tuntutan.

Tuntutan Yang Dibenarkan Mengikut Modul

Bagi kursus panjang yang dijalankan di bawah Skim PROLUS atau PERLA, tuntutan geran latihan hendaklah dikemukakan mengikut modul seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Program Latihan Yang Diluluskan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

up

DOKUMEN SOKONGAN

Prosedur Pengesahan Dokumen

Penggunaan perkataan "Certified True Copy" tidak lagi diterima sebagai pengesahan kepada salinan resit, invois, baucar bayaran dan penyata bank. Pengesahan dokumen sokongan hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh PSMB. Format ini telah lama diamalkan tetapi masih terdapat segelintir kecil majikan yang menggunakan perkataan "Certified Tru Copy"

Contoh format pengesahan ini adalah seperti di Lampiran A.

Pengesahan salinan dokumen sokongan hendaklah dibuat pada muka hadapan ataupun pada maklumat yang disahkan.

Pengesahan yang dibuat pada muka belakang dianggap tidak disahkan dengan betul iaitu pengesahan pada maklumat kosong.

Keadaan Di Mana Dokumen Sokongan Tidak Boleh Menggantikan Resit

Sekiranya mengikut amalan perniagaan biasa resit digunakan bagi membuktikan bahawa bayaran telah dilakukan, majikan tidak boleh mengemukakan tuntutan dengan menyertakan dokumen sokongan lain seperti baucar bayaran.

Contoh keadaan di mana baucar bayaran tidak boleh menggantikan resit adalah:-

  • Bayaran yuran latihan
  • Bayaran penginapan hotel

Penggunaan Bahasa

Dokumen sokongan seperti resit atau bil hotel yang ditulis dalam bahasa asing perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Dokumen Sokongan Perlu Terperinci

Invois yang dikemukakan harus mempunyai pecahan kos atau itemised yang menyatakan elemen-elemen seperti yuran pendaftaran, yuran peperiksaan, yuran keahlian, cukai perkhidmatan, makanan ringan, kos bahan guna habis, kos pengangkutan dan sebagainya, jika ada.

Tarikh dan tajuk kursus pada invois penyedia latihan hendaklah dinyatakan dengan lengkap (iaitu termasuk tajuk utama dan tajuk modulnya sekali jika berkaitan) dan tidak secara umum sahaja.

Majikan perlu mengemukakan surat pengesahan penukaran pelatih sebagai dokumen tambahan sekiranya nama pelatih pada invois adalah berlainan dengan nama yang dinyatakan pada borang tuntutan.

Bukti Latihan

Majikan perlu mengemukakan salah satu daripada dokumen berikut sekiranya menuntut kos tiket kapal terbang sahaja dan tidak kos-kos lain seperti yuran latihan dan kos penginapan :-

  • sijil latihan/kehadiran (dari penyedia latihan)
  • laporan kursus
  • surat pengesahan menghadiri kursus oleh penyedia latihan

up

RESIT

Kesalahan Yang Sering Dilakukan

Resit hendaklah dikeluarkan atas nama majikan yang membuat tuntutan dan bukannya nama pelatih(hanya bagi program yang ditaja oleh majikan apabila pelatih mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus). Sekiranya resit telah dikeluarkan atas nama pelatih, resit baru hendaklah didapatkan semula daripada penyedia latihan.

Resit yang dikemukakan mestilah memenuhi kehendak PSMB dan mempunyai semua ciri-ciri berikut:-

  • nombor siri;
  • tarikh resit;
  • nama, alamat, nombor telefon dan nombor faks penyedia latihan;
  • tajuk latihan dengan lengkap(tujuan bayaran);
  • tarikh/tempoh latihan dijalankan;
  • cara bayaran sama ada melalui cek atau tunai atau telegraphic transfer(t.t) dan nombor cek/t.t dsb perlu dicatatkan;
  • cap penyedia latihan; dan
  • tandatangan penerima bayaran

Bagi resit yang dikeluarkan melalui komputer, semua ciri-ciri seperti yang dinyatakan pada perkara 4.2 di atas masih lagi diperlukan kecuali tandatangan penerima bayaran.

Majikan perlu mendapatkan resit baru daripada penyedia latihan sekiranya tujuan bayaran pada resit asal dinyatakan seperti berikut:-

  • tajuk kursus ditulis secara singkatan. Tajuk kursus yang ditulis pada resit mestilah lengkap dan sama seperti yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan.
  • tajuk kursus ditulis dengan kenyataan seperti "As per course attended", "For Traininf Fee", "For Invoice No. 1234" atau "As per invoice".

Majikan juga perlu mendapatkan resit baru sekiranya resit yang diterima daripada penyedia latihan mempunyai pindaan atau pembetulan yang menggunakan cecair pemadam walaupun telah diturunkan tandatangan ringkas.

Resit yang ringkas (oleh pengusaha kantin atau pembekal makanan sahaja) boleh digunakan sebagai pengganti kepada resit yang mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan oleh PSMB (seperti pada perkara 4.2) asalkan identiti pembekal pada resit dapat dikenalpasti dengan mudah seperti mempunyai cap kantin atau nama dan alamat pembekal makanan berkenaan.

Resit Yang Merangkumi Pelbagai Kursus, Modul dan Majikan

Resit boleh merangkumi bayaran melebihi daripada satu kursus daripada penyedia latihan yang sama dengan syarat resit tersebut menyatakan dengan terperinci tajuk, tarikh dan amaun bagi setiap kursus. Tuntutan geran latihan bagi semua kursus ini juga hendaklah dikemukakan serentak.

Sekiranya latihan yang diikuti merangkumi pelbagai modul, resit bayaran hendaklah dikemukakan secara berasingan bagi setiap modul jika tuntutan dibuat berasingan mengikut modul.

Bagi resit yang dikeluarkan atas nama majikan penganjur (atau syarikat induk) dan dituntut bersama oleh majikan-majikan lain (atau anak-anak syarikat), salinan resit tersebut perlu dikemukakan oleh setiap majikan yang membuat tuntutan dan disokong dengan dua dokumen lain seperti berikut:-

  • invois atau nota debit daripada majikan penganjur; dan
  • surat pengesahan yang menerangkan secara terperinci mengenai kos-kos latihan yang dikenakan oleh majikan penganjur kepada setiap majikan yang turut menyertai latihan.

Contoh surat pengesahan ini adalah seperti di Lampiran B.

Bukti Bayaran Bagi Menggantikan Resit

Majikan yang mempunyai banyak anak syarikat dan institusi latihan sendiri, dan tidak mempraktikkan pengeluaran resit di antara satu sama lain tetapi membuat bayaran melalui contra account, jurnal atau pelarasan lejar, majikan hendaklah mengemukakan tiga dokumen berikut sebagai pengganti kepada resit :-

  • invois atau nota debit daripada penganjur kursus;
  • rekod-rekod transaksi kontra yang berkenaan termasuk cabutan daripada jurnal dan lejar am daripada majikan penganjur; dan
  • surat pengesahan oleh penganjur bahawa bayaran telah diselesaikan secara kontra.

Majikan memadai menyertakan surat akuan penerimaan bayaran bagi menggantikan resit sekiranya yuran latihan yang dibayar adalah merupakan bayaran saguhati/ganjaran kepada pengajar daripada jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Kastam dan Eksais Negara.

Contoh surat pengesahan ini adalah seperti di Lampiran C.


Penyedia latihan dari luar negeri boleh mengemukakan surat pengesahan yang menyatakan bahawa latihan telah diberikan tanpa mengeluarkan resit tetapi surat pengesahan tersebut perlu mempunyai maklumat mengenai :-

  • amaun yang telah diterima;
  • tarikh dan tempat kursus dijalankan; dan
  • tajuk kursus.

Bagi penyedia latihan yang tidak mempraktikkan pengeluaran resit kepada anak syarikatnya (sister companies or subsidiaries) dalam kumpulan yang sama, penyedia latihan tersebut hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebagai pengganti kepada resit :-

  • invois atau nota debit daripada penganjur kursus;
  • rekod-rekod transaksi kontra yang berkenaan termasuk cabutan daripada jurnal dan lejar am; dan
  • surat pengesahan oleh penganjur bahawa bayaran telah diselesaikan secara kontra.

Majikan hendaklah mengemukakan salinan telegraphic transfer atau salinan deraf bank atau surat pengesahan daripada penyedia latihan bagi latihan yang dijalankan di syarikat induk di luar negeri dan tidak mengeluarkan resit. Surat pengesahan ini boleh dibuat melalui faks atau e-mel dengan syarat ianya disokong oleh invois atau nota debit.

Bagi latihan yang diuruskan atau dianjurkan oleh management company untuk hotel-hotel di bawah hotel chain yang sama, resit yuran di atas nama management company tersebut boleh diterima dengan syarat ianya disertakan dengan surat pengesahan mengikut format seperti di Lampiran D.

Bagi penyedia latihan yang juga berdaftar sebagai majikan dan menjalankan latihan untuk pekerja/pelatih sendiri, tuntutan yuran latihan boleh dibuat melalui surat pengesahan mengikut format seperti di Lampiran E.

Bagi latihan yang dijalankan di luar negeri oleh penyedia latihan yang sukar untuk dihubungi dan resit pula tidak dikeluarkan, majikan hendaklah mengemukakan baucar bayaran atau surat pengesahan bayaran yang mempunyai maklumat mengenai amaun dibayar, tajuk kursus, tarikh dan tempat latihan dijalankan berserta dengan salinan asal atau salinan yang disahkan salah satu dokumen berikut :-

  • remittance advice
  • telegraphic transfer
  • deraf bank

Tuntutan Yang Tidak Dipertimbangkan

Majikan tidak dibenar mengkontrakan Yuran Pengajar Luar (YPL) bagi penyedia latihan dari luar negeri dengan perbelanjaan sara hidup pengajar tersebut semasa berada di Malaysia.

up

BAUCAR BAYARAN

Penggunaan Terminologi Baucar Bayaran

Majikan digalak menggunakan terminologi Baucar Bayaran untuk tujuan bayaran elaun. Sekiranya terminologi lain seperti di bawah ini digunakan, dokumen tersebut harus mempunyai nama dan tandatangan pegawai yang meluluskan (Approved by) dan yang menerima bayaran (Received by) :-

  • Petty Cash Voucher
  • Slip Voucher
  • Remittance Voucher
  • Expenses Claim Form
  • Requisition Form
  • Expenses Statement
  • Payment Advice
  • Officer’s Check

Bukti Penerimaan Bayaran Oleh Pelatih

Sekiranya majikan tidak mengamalkan penggunaan perkataan “Approved by” dan “Received by” pada baucar bayaran tetapi sebaliknya menggunakan perkataan-perkataan lain seperti “Claimed by” atau “Claimant” atau menggunakan cap “PAID”, perkataan-perkataan dan cap ini adalah diterima pakai sebagai pengganti kepada perkataan “Received by” iaitu selagi terdapat tandatangan pelatih berkenaan.

Bagi bayaran yang dibuat melalui On-line Transfer, Inter-company Transfer, Contra Account, Transfer Pricing Statement, Debit Note atau Debit Advice, majikan hendaklah menyedia dan mengemukakan satu bentuk pengesahan bayaran mengikut format seperti di Lampiran F.

Bagi Elaun Harian Pelatih (EHP) yang dibayar melalui gaji pula, majikan juga hendaklah membuktikan pembayaran tersebut melalui surat pengesahan mengikut format seperti di Lampiran F.

Bagi mengelak majikan mengeluarkan banyak baucar bayaran untuk tujuan pembayaran kepada setiap pelatih, majikan digalak menyediakan satu penyata yang mengandungi nama pelatih, amaun diterima dan tandatangan setiap pelatih dan mengeluarkan satu baucar bayaran sahaja.

Contoh penyata ini adalah seperti di Lampiran G.

up

ELAUN HARIAN PELATIH (EHP)

ELAUN HARIAN PELATIH (EHP) – Untuk latihan dalam negeri

Penggunaan Terminologi Elaun Harian Pelatih

PSMB hanya menerima pakai terminologi “Elaun Harian Pelatih (Trainee’s Daily Allowances)” pada baucar bayaran untuk tujuan khusus tuntutan geran latihan. Penggunaan terminologi-terminologi lain yang dianggap telalu umum atau mengelirukan, tidak akan diterima melainkan terdapat butiran terperinci tentang jenis-jenis perbelanjaan yang boleh dibenarkan. Antara terminologi-terminologi yang tidak dibenarkan oleh PSMB adalah seperti berikut :-

  • Training Allowance
  • Board & Passage
  • Preparation Allowance
  • Overseas Allowance
  • Subsistence Allowance
  • Victualling
  • Out-of-Pocket Expenses
  • Study Allowance
  • Pocket Money
  • Outstation Allowance
  • Per Diem Expenses
  • Transit Allowance
  • Food & Lodging

Kadar Dan Cara Penetapan Bayaran

Elaun Harian Pelatih (EHP) merangkumi tiga elemen iaitu penginapan, pengangkutan dan elaun makan.

Kadar Elaun Harian Pelatih (EHP) yang ditetapkan oleh PSMB bagi latihan yang dijalankan dalam negeri adalah seperti berikut :-

  • Kadar sebenar yang dibiayai oleh majikan atau RM50.00 seorang sehari bagi latihan yang dijalankan kurang daripada 50 kilometer dari tempat kerja pelatih, mengikut mana yang lebih rendah.
  • Kadar sebenar yang dibiayai oleh majikan atau RM150.00 seorang sehari bagi latihan yang dijalankan melebihi 50 kilometer dari tempat kerja pelatih, mengikut mana yang lebih rendah.

Cara penetapan bayaran Elaun Harian Pelatih (EHP) yang dibuat oleh PSMB adalah seperti berikut :-

Contoh 1:

Jumlah elaun yang dituntut/dibiayai lebih tinggi dari kelulusan geran

Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 10 orang

Kursus melibatkan pekerja dari pejabat cawangan dan diadakan dipremis ibupejabat majikan.

Kursus adalah dalam bidang teknikal (Kelulusan geran latihan 100%).

Jarak jauh pejabat cawangan dengan ibupejabat ialah 45 kilometer.

Bilangan hari latihan = 3 hari

Amaun Elaun Harian Pelatih (EHP) yang dipohon oleh majikan = RM2100.00 ( 10 orang x RM70.00 x 3 hari).

Had maksimum Elaun Harian Pelatih (EHP) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM1500(10 orang x RM50.00 x 3 hari)

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 10 orang

Elaun Harian Pelatih (EHP) sebenar yang dibiayai oleh majikan = RM2100.00

Elaun Harian Pelatih (EHP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM1500.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut:-

  • Amaun dibiayai/dituttut oleh majikan = RM2100.00 x 100%; atau
  • Amaun kelulusan geran = RM1500.00

 

Contoh 2:

Amaun yang dituntut/dibiayai lebih tinggi dari kelulusan geran dan terdapat pengurangan bilangan peserta

Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 10 orang

Kursus melibatkan pekerja dari pejabat cawangan dan diadakan di premis ibupejabat majikan.

Kursus adalah dalam bidang teknikal(kelulusan geran latihan 100%)

Jarak jaun pejabat cawangan dengan ibupejabat ialah 105 kilometer.

Bilangan hari latihan = 3 hari.

Amaun Elaun Harian Pelatih (EHP) yang dipohon oleh majikan = RM8000.00(10 orang x RM200.00 x 4 hari)

Had maksimum Elaun Harian Pelatih(EHP) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM6000.00 (10 orang x RM150.00 x 4 hari) termasuk satu hari perjalanan.

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 7 orang ( tida orang gagal hadir).

Elaun Harian Pelatih (EHP) sebenar yang dibiayai oleh majikan = RM5600.00(7 orang x RM200.00 x 4 hari).

Elaun Harian Pelatih (EHP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM4200.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut:-

  • Amaun dibiayai/dituntut oleh majikan = RM5600.00 x 100%; atau
  • Amaun kelulusan geran = RM4200.00 (7 orang x RM150.00 x 4 hari)

 

Contoh 3:

Jumlah elaun yang dibiayai/dituntut lebih rendah dari kelulusan geran

Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 3 orang.

Kursus adalah dalam bidang teknikal (kelulusan geran latihan 100%).

Jarak jauh tempat latihan dengan premis majikan ialah 35 kilometer.

Bilangan hari latihan = 3 hari.

Amaun Elaun Harian Pelatih (EHP) yang dipohon oleh majikan = RM450.00 (3 orang x RM50.00 x 3 hari).

Had maksimum Elaun Harian Pelatih (EHP) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM450.00 (4 orang x RM50.00 x 3 hari).

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 3 orang.

Elaun Harian Pelatih (EHP) sebenar yang dibayar oleh majikan = RM360.00.

Elaun Harian Pelatih (EHP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM360.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun dibiayai/dituntut oleh majikan = RM360.00 X 100%; atau
  • Amaun kelulusan geran = RM450.00.

 

Contoh 4 :

Jumlah elaun yang dibiayai/dituntut sama seperti amaun kelulusan geran sebelum pengiraan peratus bantuan geran.

Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 3 orang.

Kursus adalah dalam bidang pengurusan (kelulusan geran latihan 85%).

Jarak jauh tempat latihan dari premis majikan ialah 30 kilometer.

Bilangan hari latihan = 4 hari.

Amaun Elaun Harian Pelatih (EHP) yang dipohon oleh majikan = RM720.00 (3 orang x RM60.00 x 4 hari).

Had maksimum Elaun Harian Pelatih (EHP) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM600.00 (3 orang X RM50.00 X 4 hari).

Elaun Harian Pelatih (EHP) sebenar yang dibiayai oleh majikan = RM600.00 (3 orang X RM50.00 X 4 hari).

Elaun Harian Pelatih (EHP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM510.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun dibiayai/dituntut oleh majikan = RM510.00 (RM600.00 X 85%) ; atau
  • Amaun kelulusan geran = RM600.00.

 

Contoh 5 : Amaun yang dituntut/dibiayai lebih rendah dari kelulusan geran dan terdapat pengurangan bilangan peserta

Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 10 orang.

Kursus melibatkan pekerja dari pejabat cawangan dan diadakan dipremis ibupejabat majikan.

Kursus adalah dalam bidang pengurusan (kelulusan geran latihan 85%).

Jarak jauh pejabat cawangan dengan ibupejabat ialah 30 kilometer.

Bilangan hari latihan = 3 hari.

Amaun Elaun Harian Pelatih (EHP) yang dipohon oleh majikan = RM2,400.00 (10 orang x RM60.00 x 4 hari – termasuk satu hari tambahan).

Had maksimum Elaun Harian Pelatih (EHP) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM2,000.00 (10 orang X RM50.00 x 4 hari).

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 8 orang.

Elaun Harian Pelatih (EHP) sebenar yang dibayar oleh majikan = RM1,920.00.

Elaun Harian Pelatih (EHP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM1,632.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun dibiayai/tuntut oleh majikan = RM1,632.00 (RM1,920.00 x 85%); atau
  • Amaun kelulusan geran = RM2,000.00.

 

Kelayakan Tambahan

Bagi latihan yang dijalankan dalam negeri, majikan layak menuntut satu hari tambahan Elaun Harian Pelatih (EHP) iaitu sehari sebelum tempoh latihan dengan syarat :-

  • Elaun Harian Pelatih (EHP) tersebut telah dibayar oleh majikan; dan
  • Elaun Harian Pelatih (EHP) tersebut telah diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan.

Majikan layak menuntut Elaun Harian Pelatih (EHP) untuk bilangan pekerja lebih daripada yang diluluskan dengan syarat amaun yang dituntut tidak melebihi amaun yang diluluskan.

Keadaan Di Mana Elaun Harian Pelatih Tidak Layak Dibayar

Majikan tidak layak menuntut Elaun Harian Pelatih (EHP) bagi keadaan-keadaan berikut :-

  • Latihan yang dijalankan adalah merupakan program dalaman kecuali jika disertai oleh pekerja dari pejabat cawangan.
  • Latihan dijalankan selepas waktu pejabat.

Tuntutan Kos Penginapan

Majikan perlu mengemukakan resit atau bil hotel bagi menuntut kos penginapan. Tuntutan yang tidak disertakan dengan resit atau bil hotel akan mengakibatkan geran latihan yang diluluskan adalah untuk elaun pengangkutan dan elaun makan sahaja.

Majikan tidak dibenarkan menuntut elaun lojing kerana PSMB tidak mengamalkan konsep lojing.

Bukti Latihan

Majikan yang menuntut Elaun Harian Pelatih (EHP) sahaja dan tidak kos-kos lain (seperti yuran latihan) hendaklah mengemukakan baucar bayaran yang menyatakan dengan jelas amaun yang dibayar, tajuk kursus, tarikh dan tempat kursus dijalankan.

Majikan juga hendaklah mengemukakan salah satu daripada dokumen berikut sebagai bukti latihan telah dijalankan:-

  • sijil latihan/kehadiran (dari penyedia latihan)
  • Laporan kursus
  • Surat pengesahan menghadiri kursus oleh penyedia latihan.

Pengesahan Tuntutan Elaun Harian Pelatih Dan Elaun Makan Pelatih

Majikan perlu menyediakan dua dokumen yang berlainan untuk menyokong tuntutan Elaun Makan Pelatih (EMP) (bagi pekerja dalaman) dan Elaun Harian Pelatih (EHP) (bagi pekerja dari cawangan) mengikut bilangan pekerja bagi latihan yang dijalankan di premis syarikat.

Contoh dokumen ini adalah seperti di Lampiran G.

ELAUN MAKAN PELATIH (EMP)

ELAUN MAKAN PELATIH (EMP) – Untuk latihan dalam negeri

Kadar Yang dibenarkan

Kadar Elaun Makan Pelatih (EMP) yang ditetapkan oleh PSMB adalah sebanyak RM10.00 seorang sehari.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan majikan menerima Elaun Makan Pelatih (EMP) adalah :-

  • ianya merupakan bayaran bagi penyediaan makanan. Majikan perlu menyertakan resit pembelian daripada pembekal makanan; dan
  • Elaun Makan Pelatih (EMP) tersebut telah diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan (Latihan tidak kurang tujuh jam sehari).

Keadaan Di Mana Elaun Makan Pelatih Tidak Layak Dibayar

Majikan tidak layak menerima Elaun Makan Pelatih (EMP) jika ianya merupakan elaun makan yang dibayar kepada pelatih secara tunai melalui baucar bayaran.

Prosedur Tuntutan Elaun Harian Pelatih Dan Elaun Makan Pelatih

Sekiranya majikan menuntut Elaun Makan Pelatih (EMP) dan Elaun Harian Pelatih (EHP) dalam satu tuntutan, senarai nama pelatih yang menerima elaun ini hendaklah dikemukakan mengikut contoh seperti di Lampiran G.

Contoh-Contoh Pengiraan Elaun Makan Pelatih (EMP)

Cara penetapan bayaran Elaun Makan Pelatih (EMP) yang dibuat oleh PSMB adalah seperti berikut :-

Contoh 1: Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 5 orang.

Kursus melibatkan 3 pekerja ibupejabat dan 2 pekerja dari pejabat cawangan.

Kursus adalah dalam bidang pengurusan (kelulusan geran latihan 85%).

Jarak jauh pejabat cawangan dengan ibupejabat ialah 70 kilometer.

Bilangan hari latihan = 4 hari.

Amaun yang dipohon oleh majikan bagi Elaun Makan Pelatih (EMP) ialah sebanyak RM180.00 dan Elaun Harian Pelatih (EHP) ialah sebanyak RM1,600.00.

Had maksimum Elaun Makan Pelatih (EMP) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM120.00 (3 orang x RM10.00 x 4 hari) manakala had maksimum amaun yang diluluskan bagi Elaun Harian Pelatih (EHP) = RM1,200.00 (2 orang x RM150.00 x 4 hari).

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 5 orang.

Elaun Makan Pelatih (EMP) sebenar yang dibayar kepada pekerja secara tunai = RM180.00.

Elaun Harian Pelatih (EHP) sebenar yang dibayar oleh majikan = RM1,600.00.

Elaun Harian Pelatih (EHP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM1,200.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun dibiayai/tuntut oleh majikan = RM1,360.00 (RM1,600.00 X 85%); atau
  • Amaun kelulusan geran = RM1,200.00 .



Majikan tidak layak mendapat Elaun Makan Pelatih (EMP) kerana ianya merupakan bayaran tunai kepada pelatih dan bukannya bayaran perbelanjaan kepada pembekal makanan.

 

Contoh 2: Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 5 orang.

Kursus melibatkan 3 pekerja ibupejabat dan 2 pekerja dari pejabat cawangan.

Kursus adalah dalam bidang kraf (kelulusan geran latihan 100%).

Jarak jauh pejabat cawangan dengan ibupejabat ialah 70 kilometer.

Bilangan hari latihan = 4 hari.

Amaun yang dipohon oleh majikan bagi Elaun Makan Pelatih (EMP) ialah sebanyak RM120.00 dan Elaun Harian Pelatih (EMP) ialah sebanyak RM1,600.00.

Had maksimum Elaun Makan Pelatih (EMP) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM120.00 (3 orang x RM10.00 x 4 hari) manakala had maksimum amaun yang diluluskan bagi Elaun Harian Pelatih (EHP) = RM1,200.00 (2 orang x RM150.00 x 4 hari).

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 5 orang.

Kos penyediaan makanan bagi 5 orang di sepanjang tempoh kursus = RM100.00 (resit disertakan).

Elaun Harian Pelatih (EHP) sebenar yang dibayar oleh majikan = RM1,200.00.

Elaun Harian Pelatih (EHP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM1,200.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun biayai/dituntut oleh majikan = RM1,200.00 (RM1,200.00 X 100%); atau
  • Amaun kelulusan geran = RM1,200.00

Elaun Makan Pelatih (EMP) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM100.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun dibiayai/dituntut oleh majikan = RM100.00; atau
  • Amaun kelulusan geran = RM120.00.

 

PAKEJ SEWA HOTEL (PSH)

Pakej Sewa Hotel (PSH) adalah khusus bagi latihan dalaman yang dijalankan di hotel di mana majikan akan menyewa bilik latihan/seminar dengan kemudahan asas yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan berdasarkan sebutharga pakej seminar yang dikemukakan semasa permohonan geran dibuat. Resit perlu disertakan sebagai bukti bayaran semasa tuntutan dibuat.

Secara asasnya tuntutan hanya dibayar bagi kos sewa bilik latihan, penyediaan makanan, penginapan dan pengangkutan sahaja. Lain-lain sewaan tambahan seperti sewa LCD, mesin fotostat dsb tidak dibenarkan dan pecahan bagi kos-kos tambahan ini perlu dinyatakan secara terperinci melalui invois/bil hotel.

up

SEWA TEMPAT LATIHAN (STL)

Sewa Tempat Latihan (STL) dalam konteks PSMB bermaksud latihan dalaman yang dijalankan di luar premis majikan tetapi bukan di hotel iaitu sama ada di tempat penyedia latihan atau di tempat yang disewakan.

Bagi tuntutan Sewa Tempat Latihan (STL), majikan hendaklah menyertakan resit bersama-sama dengan borang tuntutan.

Sekiranya latihan dijalankan di tempat penyedia latihan, bayaran sewa tempat latihan boleh merangkumi yuran latihan dalam satu resit tetapi pecahan kedua-dua kos ini perlu dinyatakan dengan jelas.

Bagi latihan yang dijalankan di tempat yang disewakan, bayaran sewa tempat latihan boleh meliputi bayaran penyediaan makanan dalam satu resit tetapi pecahan kedua-dua kos ini juga perlu dinyatakan secara terperinci.

Kelayakan majikan untuk menerima bayaran balik bagi Sewa Tempat Latihan (STL) ialah ianya telah diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan.

SEWA PENGANGKUTAN (PKT)

Sewa Pengangkutan adalah khusus bagi kos pengangkutan yang disewa khas oleh majikan untuk mengangkut peserta-peserta dari premis majikan ke tempat latihan.
Bagi tujuan tuntutan bayaran Sewa Pengangkutan (PKT), hanya tuntutan yang berupa bayaran sewaan kepada penyedia pengangkutan atau agen pengembara sahaja yang diluluskan. Dalam hal ini, resit daripada penyedia pengangkutan atau agen pengembara hendaklah disertakan bersama-sama borang tuntutan.

up

ELAUN LUAR NEGERI (ELN)

ELAUN LUAR NEGERI (ELN) – Untuk latihan luar negeri

Kadar Dan Cara Penetapan

Elaun Luar Negeri (ELN) juga merangkumi tiga elemen iaitu penginapan, pengangkutan dalam negeri dan elaun makan.

Kadar Elaun Luar Negeri (ELN) yang ditetapkan oleh PSMB bagi latihan yang dijalankan di luar negeri adalah kadar sebenar yang dibiayai oleh majikan atau RM600.00 seorang sehari, mengikut mana yang lebih rendah.

Cara penetapan bayaran Elaun Luar Negeri (ELN) yang dibuat oleh PSMB adalah seperti berikut :-

Contoh 1: Tempat latihan = Tokyo, Jepun.

Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 2 orang.

Bilangan hari latihan = 10 hari.

Amaun Elaun Luar Negeri (ELN) yang dipohon oleh majikan = RM14,000.00 (2 orang x RM700.00 x 10 hari).

Had maksimum Elaun Luar Negeri (ELN) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM12,000.00 (2 orang X RM600.00 X 10 hari)

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 2 orang.

Elaun Luar Negeri (ELN) sebenar yang dibayar oleh majikan = RM14,000.00.

Elaun Luar Negeri (ELN) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM7,000.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun dibiayai oleh majikan = RM7,000.00 (RM14,000.00 x 50%); atau
  • Amaun kelulusan geran = RM12,000.00.

 

Contoh 2 : Tempat latihan = Dallas, Amerika Syarikat.

Bilangan pelatih yang dipohon oleh majikan dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = 1 orang.

Bilangan hari latihan = 10 hari.

Amaun Elaun Luar Negeri (ELN) yang dipohon oleh majikan = RM15,000.00 (1 orang x RM1,500.00 x 10 hari).

Had maksimum Elaun Luar Negeri (ELN) yang diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan = RM6,000.00 (1 orang X RM600.00 X 10 hari).

Bilangan pelatih sebenar yang mengikuti latihan = 1 orang.

Elaun Luar Negeri (ELN) sebenar yang dibayar oleh majikan = RM12,000.00.

Elaun Luar Negeri (ELN) yang layak diterima oleh majikan adalah sebanyak RM6,000.00 iaitu mana yang lebih rendah di antara dua amaun berikut :-

  • Amaun dibiayai oleh majikan = RM7,500.00 (RM15,000 x 50%); atau
  • Amaun kelulusan geran = RM6,000.00.


Kelayakan Tambahan

Majikan layak menuntut dua hari tambahan Elaun Luar Negeri (ELN) iaitu sehari sebelum dan sehari selepas tempoh latihan dengan syarat :-

  • Elaun Luar Negeri (ELN) tersebut telah dibayar oleh majikan; dan
  • Elaun Luar Negeri (ELN) tersebut telah diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan.

Tuntutan Yang Melibatkan Matawang Asing

Majikan perlu menyatakan kadar pertukaran matawang pada borang tuntutan untuk menuntut kos latihan (seperti yuran, kos penginapan dan kos pengangkutan) yang dibayar dalam matawang asing.

Pengesahan Bayaran

Sekiranya yuran bagi kursus yang diadakan di luar negeri dibayar melalui inter-company account/transfer, majikan perlu menyertakan surat pengesahan menghadiri kursus daripada penyedia latihan atau syarikat dari luar negeri itu sebagai dokumen sokongan.

Surat pengesahan ini boleh diterima jika dibuat melalui faks atau e-mel yang disahkan oleh majikan.

Penggunaan Bahasa

Majikan hendaklah menterjemahkan tajuk kursus ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris sekiranya tajuk kursus yang ditulis pada resit adalah dalam bahasa asing seperti Jepun, Cina, Thailand/Siam, Tagalog atau Korea.

Bayaran Tambang Kapalterbang Yang Diluluskan

Majikan hanya layak menuntut bayaran balik kos tambang kapal terbang berdasarkan kos yang telah ditentu dan diluluskan oleh Bahagian Geran Latihan mengikut kadar yang dikenakan oleh syarikat penerbangan MAS walaupun telah menggunakan syarikat penerbangan asing semasa mengikuti latihan di luar negeri.

up

PENGGUNAAN BORANG TR UNTUK TUNTUTAN TANPA RESIT ATAU BAUCAR BAYARAN

Tuntutan Elaun Harian Pelatih Tanpa Resit

Sekiranya majikan hanya menuntut Elaun Harian Pelatih (EHP) sahaja dan tidak kos-kos lain seperti yuran latihan atau kos penerbangan, tuntutan elaun harian dengan menggunakan borang PSMB/TR/1/01 akan ditolak melainkan majikan boleh mengemukakan salah satu daripada dokumen berikut :-

  • Sijil latihan/kehadiran(dari penyedia latihan)
  • Salinan pasport
  • Boarding pass
  • Keratan tiket kapalterbang
  • Laporan kursus
  • Surat pengesahan menghadiri kursus oleh penyedia latihan

Borang PSMB/TR/1/01 – Tuntutan Elaun Harian Pelatih (EHP) tanpa resit.

Majikan tidak boleh mengguna borang PSMB/TR/1/01 sebagai dokumen sokongan tambahan kepada resit atau baucar bayaran yang dikemukakan untuk tujuan memaksimumkan amaun elaun harian yang dituntut. Sekiranya resit atau baucar bayaran dikemukakan bersama-sama dengan borang PSMB/TR/1/01, bayaran tuntutan geran latihan adalah setakat amaun berdasarkan resit atau baucar bayaran sahaja.

Tuntutan Elaun Makan Pelatih Tanpa Resit

Majikan juga tidak boleh mengguna borang PSMB/TR/1/01 sebagai pengganti kepada resit untuk menuntut Elaun Makan Pelatih (EMP).

Tuntutan Bahan Guna Habis Tanpa Resit

Borang PSMB/TR/2/01 – Tuntutan Bahan Guna Habis (BGH) tanpa resit.

Majikan tidak boleh mengguna borang PSMB/TR/2/01 sebagai dokumen sokongan tambahan kepada resit yang dikemukakan untuk tujuan memaksimumkan amaun bahan latihan guna habis yang dituntut. Sekiranya resit dikemukakan bersama-sama dengan borang PSMB/TR/2/01, bayaran tuntutan geran latihan adalah setakat amaun berdasarkan resit sahaja.

LAIN-LAIN PERATURAN ASAS


Bagi tuntutan bayaran balik elaun perantis di bawah Skim Perantisan, majikan hanya perlu mengemukakan penyata pembayaran elaun perantis mengikut format yang ditetapkan oleh PSMB sebagai dokumen sokongan. Penyata ini hendaklah ditandatangani oleh setiap perantis dan dikemukakan dalam salinan asal serta disahkan oleh majikan penaja.

Majikan tidak layak menuntut bantuan kewangan bagi latihan yang dijalankan di tempat latihan yang disewakan sekiranya kelulusan yang diberikan adalah di bawah Pakej Sewa Hotel (PSH).

Di bawah Skim PROLUS, majikan layak menuntut kos Bahan Guna Habis(BGH) jika memenuhi kesemua syarat-syarat berikut:-

  • Latihan dijalankan secara dalaman di premis majikan sendiri;
  • bahan latihan guna habis tersebut disediakan oleh majikan sendiri (bahan atau nota-nota yang disediakan oleh penyedia latihan tidak dibenarkan dituntut); dan
  • yuran yang diambil kira adalah mengikut kadar di bawah Skim SBL.

Nota:

Bagi program PROLUS yang dijalankan secara luaran atau dalaman sama ada di pusat latihan atau di hotel, tuntutan bahan latihan guna habis adalah tidak dibenarkan.

up