-->
TERMA DAN SYARAT
PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
APTECH CERTIFIED COMPUTER PROFESSIONAL
1. |
Kumpulan
Sasaran Kumpulan sasaran ialah graduan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Sains Komputer yang telah menganggur selama lebih dari 6 bulan. |
||||||||||||||||||||||||||||||
2. |
Pemilihan
Calon Pemilihan calon akan dijalankan secara bersama di antara pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Penyedia Latihan yang diluluskan seperti berikut:- a) Ujian Aptitud oleh Penyedia Latihan b) Temuduga oleh Jawatankuasa seperti berikut:- i) Seorang wakil PSMB (Pengerusi) ii) Seorang wakil Penyedia Latihan |
||||||||||||||||||||||||||||||
3. |
Syarat
Persijilan Pelatih perlu menduduki ujian dan peperiksaan (dalaman atau luaran) disamping perlu menyempurnakan kertas projek sebelum dianugerahkan Sijil ACCP dan juga Sijil PSMB-ACCP. |
||||||||||||||||||||||||||||||
4. |
Majikan
Penaja Pihak penyedia latihan bertanggungjawab untuk mencari majikan penaja yang mana pelatih akan ditempatkan semasa latihan “on-the-job”. |
||||||||||||||||||||||||||||||
5. |
Kontrak
Perjanjian Penyedia latihan perlu memastikan bahawa pelatih telah melengkapkan “Kontrak Perjanjian” dan menyerahkannya kepada pihak PSMB selewat-lewatnya dalam tempoh satu (1) bulan selepas pelatih mendaftar. Contoh Kontrak Perjanjian adalah seperti di LAMPIRAN A (i). |
||||||||||||||||||||||||||||||
6. |
Elaun
Bulanan Pelatih PSMB akan membayar elaun bulanan pelatih sebanyak RM500.00 ke dalam akaun pelatih yang berkenaan sepanjang tempoh latihan. |
||||||||||||||||||||||||||||||
7. |
Maklumbalas
Kepada Pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Pihak penyedia latihan perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan perlaksanaan program latihan PSMB-ACCP apabila diminta oleh PMSB bagi tujuan memberikan maklumbalas kepada pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. |
||||||||||||||||||||||||||||||
8. |
Tuntutan
Yuran Latihan
i) Tuntutan yuran latihan adalah berdasarkan kepada modul/kombinasi modul latihan seperti berikut:- a) Aptech Software Developer (Client Server (CS))
ii) Tuntutan yuran latihan boleh
dibuat sebaik sahaja modul/kombinasi telah tamat berdasarkan kepada jadual
di para 8(i) (a) dan (b) di atas. |
||||||||||||||||||||||||||||||
9. |
Tempat
Latihan Latihan "off-the-job" akan dibuat di pusat latihan penyedia latihan yang diluluskan bagi program latihan PSMB-ACCP. Manakala latihan "on-the-job" akan dibuat di premis syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. |
||||||||||||||||||||||||||||||
10. |
Kapasiti Latihan Kapasiti latihan yang diluluskan adalah tidak melebih 20 orang peserta bagi setiap kelas. |
||||||||||||||||||||||||||||||
11. |
Struktur Kurikulum
|
||||||||||||||||||||||||||||||
12. |
Kebenaran Francais (Franchise Right) dari Aptech Limited, India Penyedia Latihan yang berminat untuk menjalankan latihan PSMB-ACCP perlu mendapatkan kebenaran menjalankan program ACCP (Franchise Right) dari syarikat Aptech Ltd. India yang beralamat di IT-1 & IT-2, Ground Floor, SDF VII, Seepz, Andheri (E), Mumbai-400 096. Laman Web Aptech adalah seperti berikut:- www.aptech-worldwide.com |
||||||||||||||||||||||||||||||
| PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 12 JULAI 2004 |
|||||||||||||||||||||||||||||||