PENGENALAN
Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana
Kebangsaan telah melantik Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB) sebagai badan penyelaras latihan dan pembangunan sumber
manusia bagi PKS. Justeru, sebagai sebuah badan penyelaras,
pihak PSMB berbesar hati untuk menganjur serta menaja
kursus "Train The Trainer" (TTT) bagi Kementerian
dan Agensi kerajaan.
Kementerian dan Agensi kerajaan merupakan satu badan utama
dalam membudayakan latihan di kalangan pengusaha kecil dan sederhana
(PKS). Semua jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam penyampaian
latihan kepada PKS adalah digalakkan untuk menghadiri kursus
TTT bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi
jurulatih yang berkesan. Kursus ini menekankan kemahiran perundingan
bagi PKS dan ianya diisi dengan pelbagai pengetahuan di dalam
bidang kejurulatihan.
OBJEKTIF
Di akhir kursus para peserta akan :-
- Memahami peranan sebagai jurulatih
- Mengetahui bagaimana seorang dewasa belajar
- Mengetahui cara untuk membuat analisis keperluan latihan
- Mengetahui kaedah terbaik merekabentuk program latihan
- Mengetahui kaedah terbaik membuat penilaian program latihan
- Membangunkan sumber latihan (bahan latihan) di akhir sesi
latihan
KUMPULAN SASARAN
Para Pegawai dari Agensi kerajaan yang terlibat
dalam penyampaian latihan kepada PKS.
METODOLOGI PENGAJARAN
Kursus ini akan dijalankan menggunakan pendekatan
pembelajaran komprehensif seperti kaedah syarahan, perbincangan
kumpulan dan simulasi bagi merangsang penyertaan aktif para
peserta.
JANGKAMASA KURSUS
5 Hari*
Kursus ini juga boleh dijalankan secara In-House bagi Kementerian
dan Agensi kerajaan yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 orang
tenaga pengajar. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus
dengan pegawai berkaitan di Bahagian Perusahaan Kecil Sederhana
di talian 03-2096 4960.