PENDAHULUAN
Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana Kebangsaan telah
melantik Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sebagai badan
penyelaras latihan dan pembangunan sumber manusia bagi PKS.
Justeru, sebagai sebuah badan penyelaras, pihak PSMB
berbesar hati untuk menganjur serta menaja kursus "Evaluation
On Effectiveness Of Training" (EET) bagi Kementerian dan
Agensi kerajaan.
Kementerian dan Agensi kerajaan merupakan satu badan utama
dalam membudayakan latihan di kalangan pengusaha kecil dan sederhana
(PKS). Semua jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam penyediaan
latihan kepada PKS adalah digalakkan untuk menghadiri kursus
EET ini kerana ia mampu meningkatkan kemahiran pengajar dalam
bidang penilaian keberkesanan latihan dan secara tidak langsung
melahirkan tenaga pengajar yang berketerampilan dalam membuat
penilaian keberkesanan latihan.
OBJEKTIF
Di akhir kursus para peserta akan :-
- Memahami mengenai kepentingan penilaian keberkesanan latihan
- Memahami kunci utama konsep penilaian.
- Memahami dan mengenalpasti kriteria penting untuk dinilai
bagi sesebuah program latihan
- Melaksanakan proses penilaian di pelbagai peringkat.
KUMPULAN SASARAN
Para Pegawai dari Kementerian dan Agensi kerajaan yang terlibat
dalam penyediaan latihan kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana.
METODOLOGI PENGAJARAN
Kursus ini akan dijalankan menggunakan pendekatan pembelajaran
komprehensif seperti kaedah syarahan, perbincangan kumpulan
dan simulasi bagi merangsang penyertaan aktif para peserta.
JANGKAMASA KURSUS
3 Hari*
Kursus ini juga boleh dijalankan secara In-House bagi Kementerian
dan Agensi Kerajaan yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 orang
penyedia latihan. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung
terus dengan pegawai berkaitan di Bahagian Perusahaan Kecil
Sederhana di talian 03-2096 4960.