GARIS
PANDUAN
SKIM LATIHAN PEKERJA YANG DIHENTIKAN KERJA
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
|
1. |
PENGENALAN |
|||||||||
|
Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 5 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja. Dengan pelaksanaan semula skim ini, para pekerja yang dihentikan kerja dari majikan yang diliputi di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 berpeluang mengikuti kursus sama ada di peringkat diploma ataupun sijil secara percuma. Kursus-kursus yang ditawarkan mempunyai nilai tambah yang tinggi dan berupaya membantu para pekerja yang dihentikan kerja melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sangat diperlukan di pasaran buruh dan juga memperluaskan peluang mereka mendapat pekerjaan baru.
|
|||||||||||
| 2. |
TUJUAN |
||||||||||
|
Tujuan Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja adalah untuk :-
|
|||||||||||
| 3. |
KUMPULAN
SASAR |
||||||||||
|
Kumpulan sasar bagi Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja ini adalah seperti berikut :-
|
|||||||||||
| 4. |
TERMA
DAN SYARAT-SYARAT |
||||||||||
| 4.1 |
Terma dan syarat-syarat Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja adalah seperti berikut:-
|
||||||||||
| 5. |
TERMA
DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN |
||||||||||
5.1 |
Skim
ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bekas pekerja yang
mempunyai status penduduk tetap adalah tidak layak memohon.
|
||||||||||
5.2
|
Borang permohonan kursus hendaklah dikemukakan ke PSMB melalui penyedia latihan yang telah diluluskan di bawah skim ini. Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum kursus bermula dengan menggunakan borang PSMB/SLP/1/04 seperti di Lampiran A, lengkap dengan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh bekas majikan. Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut :-
|
||||||||||
5.3 |
Walau
bagaimanapun, bagi majikan yang telah menutup operasi, pengesahan bahawa
pemohon adalah pekerja yang terlibat dengan pemberhentian kerja perlu
dibuat oleh Pegawai Tenaga Kerja dari Pejabat Tenaga Kerja, Kementerian
Sumber Manusia yang berdekatan dengan tempat kerja.
|
||||||||||
5.4
|
Para pemohon yang memilih untuk mengikuti kursus-kursus “Microsoft Certified” seperti MCSD, MCSA, MCDBA, MCSE dan kursus di peringkat diploma adalah diwajibkan menghadiri sesi temuduga yang akan diaturkan oleh PSMB di premis penyedia latihan. Para pemohon adalah dikehendaki membawa sijil/ dokumen asal yang telah disertakan bersama-sama borang permohonan kursus untuk disemak oleh pegawai penemuduga semasa sesi temuduga.
|
||||||||||
5.5 |
Para
pelatih mestilah menyempurnakan semua syarat-syarat penganugerahan sijil/diploma
bagi kursus yang diikuti, contohnya seperti kertas projek, tugasan dan
peperiksaan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh penyedia latihan.
|
||||||||||
5.6 |
Semua pelatih bagi kursus di peringkat diploma dikehendaki menandatangani Surat Akujanji dengan PSMB. Pelatih yang gagal menamatkan kursus sepenuhnya tanpa sebab yang munasabah akan dikehendaki membayar balik yuran kursus yang telah dibayar oleh PSMB kepada penyedia latihan.
|
||||||||||
5.7 |
Pembayaran duti setem bagi 2 salinan Surat Akujanji perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelatih sendiri.
|
||||||||||
5.8 |
Pemohon hanya dibenarkan memilih satu kursus sahaja sama ada di peringkat sijil atau diploma. Kursus hendaklah diikuti secara sepenuh masa. Sekiranya pelatih mendapat pekerjaan semasa sedang mengikuti kursus dan penyedia latihan bersetuju untuk mengatur kursus tersebut sehingga tamat secara separuh masa, pelatih boleh memohon untuk menukar kaedah kursus tersebut secara separuh masa dengan syarat, pelatih dan penyedia latihan perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada PSMB terlebih dahulu. Surat permohonan pelatih bagi mendapatkan kelulusan menghadiri kursus secara separuh masa mestilah dikemukakan melalui penyedia latihan. Penyedia latihan perlu melampirkan surat tersebut bersama-sama dengan surat tawaran kursus, surat perlantikan kerja pelatih daripada majikan baru dan pelan sesi latihan baru dari penyedia latihan.
|
||||||||||
5.9 |
Para pemohon yang ingin mengambil kursus-kursus MCSA, MCSD, MCSE dan MCDBA mesti mempunyai kelayakan akademik yang berkaitan iaitu mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang kejuruteraan atau komputer dan mempunyai pengalaman pekerjaan dalam bidang-bidang yang berkaitan.
|
||||||||||
5.10 |
Kesemua pelatih yang mengikuti program yang telah disebutkan di para 5.9 adalah diwajibkan untuk menduduki peperiksaan yang dianjurkan oleh Microsoft. Pelatih perlu menduduki peperiksaan tersebut sebaik sahaja sesuatu modul tamat dan tidak lewat daripada sebulan selepas kursus tamat. Penyedia latihan adalah bertanggungjawab dalam memastikan pelatih menduduki peperiksaan.
|
||||||||||
5.11 |
Para pelatih yang mengikuti kursus di bawah skim ini hendaklah mengikutinya sehingga tamat. Kehadiran pelatih yang kurang daripada 50% bagi sesuatu modul atau pelatih berhenti sebelum kursus tamat tanpa apa-apa sebab yang munasabah, yuran kursus tidak akan dibayar oleh PSMB kepada penyedia latihan dan pelatih itu sendiri dikehendaki membayar yuran kepada penyedia latihan terlibat.
|
||||||||||
| 6. |
SYARAT-SYARAT
PENYERTAAN PENYEDIA LATIHAN |
||||||||||
6.1 |
Skim ini hanya dibuka kepada penyedia latihan yang telah diluluskan berdaftar di bawah Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja dan Penganggur yang dilancarkan pada 25 November 2001. Walau bagaimanapun, semua penyedia latihan berkenaan dikehendaki mendaftar semula sebelum layak menyertai skim ini. Borang Permohonan Pendaftaran (PSMB/PL/SLP/04) boleh didapati di laman web PSMB atau daripada Bahagian Pembangunan Sumber Latihan, PSMB.
|
||||||||||
6.2 |
Penyedia latihan akan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM500.00 semasa menghantar borang permohonan pendaftaran bagi Ibu Pejabat dan RM300.00 bagi setiap satu cawangan yang ingin didaftarkan.
|
||||||||||
6.3 |
Penyedia latihan dikehendaki mengisytiharkan kapasiti bilik/makmal latihan di dalam Borang Kapasiti Latihan yang ditetapkan oleh PSMB semasa membuat permohonan pendaftaran. Syarat minimum yang ditetapkan oleh PSMB adalah penyedia latihan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah bilik/makmal latihan bagi setiap premis yang didaftarkan.
|
||||||||||
6.4 |
Kursus-kursus yang telah diluluskan di bawah Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja dan Penganggur yang telah dilancarkan pada 25 November 2001 masih boleh ditawarkan semula di dalam skim ini tanpa perlu mendapat kelulusan semula.
|
||||||||||
6.5 |
Penyedia latihan boleh memohon dari masa ke semasa untuk menambah kursus-kursus yang sesuai di bawah skim ini.
|
||||||||||
6.6 |
Bagi kursus-kursus baru, kelulusan PSMB perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum boleh ditawarkan di bawah skim ini. Untuk tujuan ini, penyedia latihan perlu mengemukakan kandungan kursus, pecahan kursus mengikut modul, tempoh latihan (contact hours), manual latihan, senarai nama dan biodata pengajar, lokasi latihan dan yuran kursus mengikut modul untuk dipertimbangkan. Penyedia latihan juga perlu mengemukakan bukti bahawa program latihan mereka telah mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) atau pengiktirafan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) ataupun badan-badan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia contohnya seperti Jabatan Bekalan Elektrik (JBE) atau piawaian/kurikulum yang diterima oleh industri atau bukti usahasama dengan institusi pengajian tinggi / badan professional luar negeri. Bagi piawaian/kurikulum yang diterima oleh industri, penyedia latihan dikehendaki menghantar manual latihan untuk dipertimbangkan. Penyedia latihan hanya boleh menawarkan kursus-kursus kepada pelatih setelah sesuatu kursus mendapat kelulusan dari PSMB.
|
||||||||||
6.7 |
Kursus-kursus
yang diluluskan oleh PSMB tertakluk kepada :-
|
||||||||||
6.8
|
Bagi kursus pada tahap persijilan, hanya kelulusan dari PSMB atau yang telah mendapat pengiktirafan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) sahaja yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, bagi kursus tahap diploma, hanya program yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau yang telah mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) atau badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan atau program yang ditawarkan secara usahasama dengan institusi pengajian tinggi / badan professional luar negeri atau yang berasaskan piawaian/kurikulum yang diterima oleh tiga (3) syarikat sahaja layak diberi kelulusan di bawah skim ini. Bukti bahawa sesuatu kursus yang telah diiktiraf oleh 3 syarikat berwibawa hendaklah disertakan.
|
||||||||||
6.9 |
Kursus-kursus yang ditawarkan di bawah skim ini mestilah berteraskan penggunaan (application based) dan “hands-on”.
|
||||||||||
6.10
|
Jumlah
maksimum pelatih bagi setiap kelas yang diluluskan ialah seramai 20 orang
pelatih sahaja.
|
||||||||||
6.11 |
Tenaga pengajar yang ingin didaftarkan mestilah mempunyai kelayakan akademik di dalam bidang yang berkaitan dan mempunyai pengalaman mengajar selama 1 tahun ataupun mempunyai pengalaman bekerja selama 2 tahun di dalam bidang berkenaan. Biodata tenaga pengajar yang lengkap hendaklah disertakan bersama-sama dengan Borang Kapasiti Latihan dan Jadual Kapasiti Latihan.
|
||||||||||
| 7. |
TANGGUNGJAWAB
PENYEDIA LATIHAN |
||||||||||
7.1 |
Penyedia latihan perlu memastikan pelatih menandatangani borang kehadiran pelatih bagi setiap hari latihan yang dihadiri oleh pelatih berkenaan. Contoh Borang Kehadiran Pelatih (PSMB/SLP/T1(a)/04) adalah seperti di Lampiran B bagi kursus sepenuh masa dan borang (PSMB/SLP/T1(b)/04) seperti di Lampiran C bagi kursus separuh masa.
|
||||||||||
7.2 |
Kehadiran pelatih hendaklah dikawalselia dengan sempurna oleh penyedia latihan. Pelatih lain atau sesiapa sahaja selain daripada pelatih berkenaan tidak dibenarkan menandatangani borang kehadiran bagi pihak pelatih lain. Adalah diingatkan jika seorang lain menandatangani kehadiran bagi pelatih yang tidak hadir, penyertaan penyedia latihan dan pelatih berkenaan akan dibatalkan.
|
||||||||||
7.3 |
Pada masa mengemukakan borang permohonan calon, penyedia latihan hendaklah mengemukakan pelan sesi latihan yang lengkap kepada PSMB bagi setiap kelas yang akan dijalankan. Jika terdapat musim cuti perayaan seperti Hari Raya Puasa, Hari Natal, Tahun Baru Cina dan seumpamanya sepanjang tempoh latihan tersebut, penyedia latihan boleh memasukkan hari cuti tambahan (jika ada ) ke dalam pelan sesi latihan.
|
||||||||||
7.4
|
Penyedia latihan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada PSMB mengenai pendaftaran pelatih tidak lewat daripada dua (2) minggu selepas pelatih melapor diri. Contoh Borang Pendaftaran Pelatih (PSMB/SLP/2/04) adalah seperti di Lampiran D.
|
||||||||||
7.5
|
Penyedia latihan hendaklah memaklumkan kepada PSMB mengenai pelatih yang gagal menamatkan latihan, tidak lewat daripada 3 hari selepas pelatih menamatkan latihan. Pengesahan atau surat dari pelatih yang ingin menamatkan latihan perlu dikemukakan bersama-sama borang (PSMB/SLP/3/04) seperti di Lampiran E.
|
||||||||||
7.6 |
Penyedia latihan hendaklah mengemukakan nama pegawai bertanggungjawab yang mentadbir skim ini (contact person) lengkap dengan nombor telefon, nombor faks dan e-mel pegawai bagi setiap pusat latihan termasuk cawangan di dalam Jadual Kapasiti Latihan bagi memudahkan perhubungan antara PSMB dan penyedia latihan. Jika terdapat perubahan pegawai, penyedia latihan hendaklah memaklumkan PSMB dengan segera.
|
||||||||||
7.7
|
Pelatih
yang mengikuti program diploma bertanggungjawab untuk mematikan setem
bagi Surat Akujanji pelatih setelah siap ditandatangani. Penyedia latihan
perlu mengumpul semua Surat Akujanji dari pelatih terlibat dan memastikan
kesemua Surat Akujanji pelatih diserahkan dengan serentak kepada PSMB
dalam tempoh satu bulan selepas pelatih mendaftarkan diri.
|
||||||||||
7.8
|
Penyedia latihan perlu memastikan bahawa semua dokumen berkaitan skim ini seperti borang tuntutan atau Surat Akujanji penyedia latihan hendaklah ditandatangani oleh Pengarah Urusan atau Ketua Pusat Latihan. Pegawai-pegawai ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan skim ini.
|
||||||||||
7.9 |
Penyedia
latihan hendaklah membenarkan pegawai PSMB membuat lawatan ke premis latihan
dan pemeriksaan semua rekod yang berkaitan dengan pelaksanaan skim latihan
ini.
|
||||||||||
7.10 |
Penyedia latihan hendaklah membekalkan manual latihan dan bahan-bahan latihan yang berkaitan dengan kursus kepada setiap pelatih dengan sempurna kerana kos bahan-bahan tersebut telahpun dimasukkan ke dalam yuran kursus.
|
||||||||||
7.11 |
Penyedia latihan adalah diminta supaya mengawalselia perlaksanaan skim ini dengan sempurna dan kegagalan penyedia latihan dalam memenuhi tanggungjawab seperti di perenggan 7.1 sehingga 7.10 akan menyebabkan mereka dibatalkan daripada menyertai skim ini. Adalah juga diingatkan bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan dan penipuan yang dibuat oleh penyedia latihan atau kakitangan mereka.
|
||||||||||
| 8. |
KURSUS
SEPENUH MASA (FULL-TIME COURSE)
|
||||||||||
|
Kursus sepenuh masa di bawah skim ini adalah kursus yang dijalankan sekurang-kurangnya 5 jam sehari secara berterusan dan sekurang-kurangnya 5 hari seminggu, kecuali jika terdapat cuti umum. Kursus sepenuh masa hendaklah bermula pada jam 9 pagi bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan boleh bermula lebih awal dari jam 9 pagi bagi negeri Sabah dan Sarawak.
|
|||||||||||
| 9. |
KURSUS
SEPARUH MASA (PART-TIME COURSE)
|
||||||||||
|
Kursus separuh masa adalah kursus yang dijalankan sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan sekurang-kurangnya 2 hari seminggu selepas waktu pejabat dan juga tidak kurang dari 5 jam sehari pada hari cuti hujung minggu. Jumlah jam latihan seminggu mestilah tidak kurang dari 11 jam sekiranya minggu berkenaan tidak mempunyai hari cuti umum.
|
|||||||||||
| 10. |
PROSEDUR
TUNTUTAN YURAN KURSUS OLEH PENYEDIA LATIHAN |
||||||||||
| 10.1 |
Tuntutan hendaklah dibuat sebaik sahaja kursus bagi setiap modul atau kombinasi modul tamat dijalankan dengan menggunakan borang (PSMB/SLP/T2/04) seperti di Lampiran F. Borang tuntutan yuran kursus ini hendaklah disertakan dengan
|
||||||||||
| 10.2 |
Bagi kursus yang memerlukan pelatih menduduki peperiksaan professional seperti MCSE, MCSB, ACCA dan sebagainya, penyedia latihan perlu mengemukakan ‘Testing Voucher’ dan Slip Keputusan Peperiksaan semasa mengemukakan borang tuntutan untuk menuntut yuran peperiksaan tersebut. Dokumen-dokumen tersebut digunakan sebagai bukti bahawa pembayaran peperiksaan telah dilakukan.
|
||||||||||
| 10.3 |
Yuran kursus sepenuhnya hanya akan dibayar jika pelatih telah menghadiri latihan melebihi 75% daripada jumlah kehadiran pada setiap modul atau kombinasi modul yang dijalankan. Sekiranya kehadiran pelatih hanya di dalam lingkungan 50%-74%, penyedia latihan hanya layak untuk menuntut separuh daripada jumlah yuran kursus yang telah ditetapkan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab penyedia latihan untuk memastikan setiap pelatih menghadiri sepenuhnya kursus bagi setiap modul atau kombinasi modul.
|
||||||||||
| 10.4 |
Hanya yuran kursus yang telah diluluskan oleh PSMB sahaja yang layak dituntut oleh penyedia latihan.
|
||||||||||
|
URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD |