PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Kementerian Sumber Manusia
(Human Resources Development Berhad)
WISMA PSMB, JALAN BERINGIN
DAMANSARA HEIGHTS
50490, KUALA LUMPUR.

Tel : 03- 2096 4800

Fax : 03- 2096 4999

2 Mei 2008


PEKELILING MAJIKAN BIL. 3/2008

KENAIKAN KADAR ELAUN MAKAN

1.

TUJUAN


1.1

Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan kepada majikan mengenai kenaikan kadar elaun makan harian daripada RM10.00 kepada RM20.00 bagi seorang pelatih dan pengajar dalaman untuk program latihan yang dijalankan secara dalaman yang dijalankan selama 7 jam di premis majikan.

 

2.

LATARBELAKANG


2.1

PSMB menggalakkan majikan untuk menggunakan levi Pembangunan Sumber Manusia yang dibayar untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja. Majikan yang mempunyai bilik latihan atau kemudahan latihan yang bersesuaian adalah digalakkan untuk menjalankan program latihan secara dalaman di premis syarikat kerana lebih menjimatkan berbanding program yang dijalankan di hotel mahupun di tempat latihan lain yang disewa. Masa syarikat juga dapat dijimatkan kerana para pelatih tidak perlu ke hotel / tempat latihan untuk menghadiri latihan.

 

2.2

Elaun makan yang diperuntukkan adalah untuk membiayai minum pagi dan petang serta makanan tengahari pelatih dan pengajar dalaman apabila program latihan dalaman dijalankan selama sekurang-kurangnya 7 jam sehari di premis majikan.

 

3.

KADAR BARU ELAUN MAKAN

 

3.1
Susulan daripada permintaan serta maklumbalas yang diterima oleh PSMB semasa mengadakan lawatan ke premis majikan, Ahli Lembaga Pengarah PSMB dalam mesyuaratnya bertarikh 24 April 2008 telah memutuskan seperti berikut:-

a. Elaun makan bagi pelatih dan pengajar dalaman dinaikkan daripada RM10.00 kepada RM20.00 sehari seorang untuk program dalaman yang dijalankan selama 7 jam; dan

b. Elaun makan sebanyak RM10.00 sehari bagi seorang pelatih dan pengajar dalaman untuk program latihan dalaman yang dijalankan selama minimum empat (4) jam sehari (dengan tempoh keseluruhan program adalah tidak kurang 7 jam latihan).


4.

TARIKH KUATKUASA


4.1

Lanjutan daripada keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Pengarah PSMB, adalah diharapkan agar para majikan akan menjalankan lebih banyak aktiviti latihan dalaman.


4.2
Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mengikut tarikh surat pekeliling ini.

Terima kasih.


“PEKERJA TERLATIH MENJANA KECEMERLANGAN”
“PEKERJA PRODUKTIF NEGARA KOMPETITIF”


Yang Ikhlas,

( MEJ (B) VAN WENG HONG )
Pengurus Besar,
Bahagian Geran Latihan
b.p. Ketua Eksekutif
Pembangunan Sumber Manusia Berhad