1. |
TUJUAN
|
1.1 |
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan
kepada majikan yang berdaftar dengan PSMB bahawa pekerja Malaysia
yang mengikuti kursus pembangunan sehingga ke peringkat Sarjana
dan Ph.D adalah layak untuk memohon geran latihan seperti yuran
dan kos-kos lain yang dibenarkan.
|
2. |
LATARBELAKANG
|
| 2.1 |
PSMB menggalakkan majikan untuk
menggunakan bayaran levi pembangunan sumber manusia bagi melatih
semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Akta Pembangunan
Sumber Manusia Berhad, 2001 telah dipinda dan digazetkan dengan
memasukkan perkataan “dan pembangunan” dalam klausa
– menggalakkan latihan dan pembangunan di kalangan pekerja,
pelatih dan perantis.
|
2.2 |
Program pembangunan yang diperlukan
oleh majikan akan dapat membantu majikan membangunkan keupayaan
mereka khususnya untuk mengekalkan produktiviti dan keuntungan.
Latihan sepanjang hayat yang berterusan sangat diperlukan bagi memastikan
pengetahuan dan kemahiran dapat ditingkatkan seiring dengan perubahan
semasa di tempat kerja dalam mengharungi persaingan global.
|
2.3 |
Pada kebiasaannya golongan seperti
penyelia, eksekutif dan peringkat pengurusan seringkali dihantar
oleh majikan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, ijazah,
sarjana dan kadangkala sehingga ke peringkat Ph.D. Objektif utama
bagi pekerja mengikuti kursus ini adalah untuk membolehkan mereka
membangunkan keupayaan menganalisis, membuat penilaian dan pertimbangan
khususnya dalam menghasilkan produk, perkhidmatan dan pentadbiran
korporat yang lebih cemerlang.
|
| 3. |
PROGRAM PEMBANGUNAN
|
| 3.1 |
Atas syor dan permintaan yang diterima daripada persatuan majikan
berhubung dengan program pembangunan ini, Mesyuarat Lembaga Pengarah
PSMB pada tarikh 24 April 2008 telah memutuskan bahawa selain
daripada program latihan, program di peringkat diploma, ijazah,
sarjana dan juga Ph.D juga dibenarkan untuk membuat tuntutan daripada
KWPSM.
|
3.2 |
Program-program yang ditawarkan
oleh pihak kolej dan universiti dari kerajaan atau swasta dan juga
program-program latihan yang ditawarkan oleh institut latihan vokasional
dan teknikal yang mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia
daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber
Manusia layak mendapat bantuan kewangan di bawah KWPSM.
|
| 4. |
TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN
|
4.1 |
Majikan yang berdaftar dengan PSMB
boleh memohon bantuan kewangan untuk menuntut pembayaran balik yuran
kursus, pendaftaran dan peperiksaan bagi program pembangunan ini.
Kursus-kursus yang akan dihadiri oleh pelatih hendaklah berkaitan
dengan bidang tugas dan bersesuaian dengan perniagaan majikan.
|
4.2 |
Majikan adalah dikehendaki memohon di bawah Skim SBL dengan mengemukakan
borang PSMB/PGL/1/07 sebelum program bermula. Borang permohonan
hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan dokumen sokongan seperti
berikut :
a. Satu salinan surat pengesahan yang menyatakan dengan lengkap
tajuk program dan tempoh program daripada pihak universiti, kolej
ataupun institusi latihan;
b. Satu salinan program beserta dengan yuran kursus.; dan
c. Sinopsis kertas projek/penyelidikan (jika berkenaan).
|
4.3 |
“Kos-kos yang dibenarkan“
boleh dituntut daripada KWPSM di sepanjang tempoh program adalah
seperti berikut :-
a. Tambang kapal terbang kelas ekonomi boleh dituntut
(sekali pergi dan balik di sepanjang tempoh kursus) bagi pelatih
yang mengikuti kursus di luar negeri. Kos tambang kapal terbang
ini meliputi cukai lapangan terbang, yuran pentadbiran dan surcaj
minyak;
b. Sekiranya pelatih dikehendaki menyediakan tesis,
elaun tesis yang merangkumi kertas tugasan (hanya boleh dituntut
sekali sahaja sepanjang tempoh program) boleh dituntut berdasarkan
kadar berikut:
i. RM600 untuk program Sarjana; dan
ii. RM1,000 untuk program Ph. D.
|
4.4 |
Yuran kursus mesti ditanggung sepenuhnya
oleh majikan. Majikan tidak dibenarkan menuntut sebarang yuran daripada
pekerja sekiranya bantuan kewangan boleh dipohon daripada KWPSM.
Yuran yang dibayar oleh pekerja tidak boleh dituntut dari PSMB.
Bantuan kewangan yang boleh dituntut adalah seperti berikut:
a. Kadar 100% untuk kursus yang ditawar di dalam negeri;
b. Kadar 50% untuk kursus luar negeri; dan
c. Kadar 100% untuk kursus luar negeri bagi permohonan daripada
Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
|
4.5 |
Majikan dikehendaki memaklumkan
kepada PSMB, jika pelatih menarik diri daripada program yang telah
diluluskan bagi membolehkan bantuan kewangan tersebut dibatalkan
dan digunakan semula untuk program latihan lain ataupun program
pembangunan seterusnya.
|
4.6 |
Permohonan program bagi latihan
di luar negeri hanya diberi pertimbangkan kepada program peringkat
Sarjana dan Ph.D sahaja.
|
4.7 |
Program-program yang ditawarkan
oleh universiti atau kolej tempatan boleh dilaksanakan secara sepenuh
masa atau separuh masa. Tahap kehadiran pelatih hendaklah sekurang-kurang
75% bagi setiap program atau modul dan pelatih juga dikehendaki
menduduki semua peperiksaan dan / atau menyempurnakan semua tugasan
yang diberikan. Tuntutan bagi bantuan kewangan yang telah diluluskan
boleh dibuat setelah pelatih menyempurnakan sesuatu semester.
|
4.8 |
KWPSM bukanlah skim subsidi tetapi
sebalik ianya menyediakan kemudahan kepada majikan dalam bentuk
bantuan kewangan secara keseluruhan ataupun menampung sebahagian
besar kos-kos yang dibenarkan untuk melatih semula dan meningkatkan
kemahiran pekerja. Memandangkan tempoh latihan program pembangunan
yang panjang iaitu kadangkala melibatkan beberapa tahun, maka elaun
hanya akan dipertimbangkan bagi pelatih yang mengikuti kursus sepenuh
masa sama ada di dalam Malaysia atau di luar negeri. Berdasarkan
analisis elaun yang dibayar oleh JPA, kadar-kadar seperti berikut
adalah diluluskan untuk pekerja untuk melanjutkan pelajaran mereka
di peringkat tinggi sama ada di dalam dan di luar negeri :
a. Elaun sebanyak RM5,000 sebulan akan diberikan
sekiranya pelatih diperlukan untuk menghadiri program di luar Malaysia.
Amaun tersebut akan diproratakan mengikut bilangan hari jika tarikh
mula dan tarikh akhir sesuatu program itu kurang daripada satu bulan;
dan
b. Elaun sebanyak RM900.00 sebulan akan diberikan
sekiranya pelatih mengikuti program secara sepenuh masa di dalam
negeri (di Malaysia).
|
4.9 |
Elaun tidak akan diberikan bagi
program yang dihadiri oleh pelatih secara separuh masa.
|
| 5. |
TARIKH PELAKSANAAN
|
5.1 |
Pekeliling ini berkuat kuasa dari tarikh ianya dikeluarkan. |
Terima Kasih.