1. |
TUJUAN
|
1.1 |
Tujuan pekeliling ini ialah untuk
memaklumkan kepada majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (PSMB) mengenai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
selaras dengan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Pindaan)
2007. Majikan-majikan yang telah berdaftar dengan PSMB dan melatih
perantis di bawah SLDN anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),
boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada Kumpulan Wang Pembangunan
Sumber Manusia (KWPSM) tertakluk kepada kos latihan yang dibenarkan
sahaja.
|
2. |
LATARBELAKANG
|
| 2.1 |
Kerajaan telah melaksanakan SLDN
yang bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir negara (k-Pekerja)
melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi
kehendak industri semasa.
|
2.2 |
Pendekatan latihan yang digunakan
di bawah SLDN akan dapat mengatasi masalah pengeluaran tenaga mahir
yang tidak memenuhi kehendak semasa industri dan dapat memberi pendedahan
kepada perantis tentang situasi kerja yang sebenar.
|
| 3. |
SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN
|
| 3.1 |
Syarikat mestilah berdaftar dengan
PSMB dan mempunyai baki levi yang mencukupi .
|
| 3.2 |
Perantis yang ditaja mestilah
warganegara Malaysia.
|
| 3.3 |
Perantis adalah lepasan SPM/PMR
yang dipilih oleh majikan.
|
| 3.4 |
Program latihan hendaklah diluluskan
oleh JPK.
|
| 3.5 |
Kontrak
Perantisan perlu ditandatangani diantara perantis dan majikan
mengikut format kontrak yang telah ditetapkan.
|
| 4. |
LATIHAN YANG BERASASKAN
KEPADA STANDARD DIBENARKAN
|
4.1 |
Setelah menjalani program latihan
dan ujian ketrampilan dengan jayanya, perantis akan dianugerahkan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh JPK.
|
| 5. |
TEMPOH DAN PENDEKATAN
LATIHAN
|
5.1 |
Tempoh latihan adalah antara 1
hingga 2 tahun atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh JPK.
|
5.2 |
Latihan di bawah SLDN dilaksanakan
mengikut dua pendekatan seperti berikut:-
a) Latihan teori dan kemahiran asas di institusi latihan yang meliputi
20% hingga 30% daripada keseluruhan tempoh latihan ; dan
b) Latihan praktikal di premis majikan yang meliputi 70% hingga
80% daripada keseluruhan tempoh latihan.
Walau bagaimanapun nisbah peratusan tersebut boleh disesuaikan mengikut
keperluan dan dipersetujui oleh JPK.
|
| 6. |
INSTITUT LATIHAN
|
6.1 |
Institut latihan perlu mendapat
kelulusan JPK bagi melaksanakan SLDN. .
|
| 7. |
PROSES PERLAKSANAAN SLDN
|
7.1 |
Majikan penaja yang berdaftar di
bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) dikehendaki
mengemukakan borang permohonan PSMB/SP/SLDN/1/08
(rujuk LAMPIRAN A) bersama surat kelulusan yang dikeluarkan oleh
pihak JPK kepada urusetia PSMB untuk kelulusan bantuan kewangan
selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum program latihan bermula.
|
| 8. |
KOS LATIHAN YANG DIBENARKAN
|
8.1 |
Majikan boleh membuat tuntutan
bagi kos latihan yang telah dibelanjakan iaitu :-
i) Yuran latihan (jika berkenaan);
ii) Yuran pendaftaran dan pengeluaran SKM;
iii) Elaun bulanan perantis; dan
iv) Insuran berkelompok
|
| 9. |
KAEDAH TUNTUTAN BAGI KOS
LATIHAN YANG DIBENARKAN
|
9.1 |
Segala kos latihan yang dibenarkan
perlu dibayar terlebih dahulu oleh majikan dan kemudiannya ia boleh
membuat tuntutan kepada PSMB dengan menggunakan Borang PSMB/SP/SLDN/T1/08
(rujuk LAMPIRAN D).
|
9.2 |
Dokumen yang perlu disertakan bersama
Borang Permohonan adalah seperti berikut :-
i) Resit;
ii) Senarai kehadiran perantis (PSMB/SP/SLDN/T2/08)
dan perantis perlu menghadiri sekurang-kurangnya 90% daripada keseluruhan
latihan (rujuk LAMPIRAN B);
iii) Penyata bayaran elaun bulanan perantis (PSMB/SP/SLDN/T3/08)
(rujuk LAMPIRAN C); dan
iv) Salinan fotostat kad pengenalan.
|
9.3 |
Tuntutan boleh dikemukakan setiap
tiga (3) bulan atau mengikut modul latihan atau selepas tamat setiap
semester latihan.
|
9.4 |
Jumlah tuntutan yang akan dibayar
oleh PSMB adalah tertakluk kepada baki levi semasa majikan penaja.
|
9.5 |
Jumlah tuntutan yang akan dibayar
oleh PSMB adalah tertakluk kepada baki levi majikan penaja.
|
| 10. |
PERTANYAAN |
10.1 |
Bagi sebarang penjelasan dan pertanyaan
lanjut, sila berhubung dengan pegawai-pegawai di bawah melalui talian
seperti berikut: -
i) Cik Faezah binti Jamil 03-2096 4834; dan
ii) Pn. Anizah binti Ariff Al Bakri 03-2096 4863
|
Sekian, terima kasih.