![]() |
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD |
Tel : 03- 2096 4800 |
| |
| PEKELILING MAJIKAN BIL. 1/2003 |
| PERLANJUTAN TEMPOH PELUPUSAN LEVI DARIPADA DUA TAHUN KEPADA LIMA TAHUN |
| Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas. 2. Suka saya memaklumakan bahawa Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dalam mesyuarat pada 24 April 2003 telah meluluskan agar tempoh pelupusan levi bagi majikan yang tidak membuat apa-apa tuntutan daripada PSMB mulai 1 Januari 2002 dilanjutnya daripada dua tahun kepada lima tahun. Implikasi perlanjutan tempoh ini ialah levi yang dibayar untuk mana-mana tempoh lima tahun mulai 1 Januari 2002 termasuk levi yang dibayar sebelum 1 Januari 2002 iaitu dari tarikh majikan mula liable membayar levi atau dari tarikh terakhir majikan menerima bayaran geran latihan daripada PSMB akan diluputkan sekiranya majikan tidak menuntut apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain sehingga 31 Disember 2006. 3. Tujuan perlanjutan tempoh ini diberikan ialah untuk membolehkan majikan terutamanya majikan IKS menggunakan levi sepenuhnya bagi melatih pekerja untuk meningkat daya saing mereka. 4. Dengan perlanjutan tempoh ini juga, majikan adalah diharapkan akan melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja secara berterusan dan membuat tuntutan geran latihan bagi mengelakkan levi diluputkan pada tarikh berkenaan. Sekian, terima kasih "PEKERJA TERLATIH MENJANA KECEMERLANGAN" "K-PEKERJA PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARA" Yang ikhlas,
(AMIRNUDDIN BIN MAZLAN) |