Yuran kursus-kursus ini akan didebit
dari akaun levi majikan. Majikan juga layak menuntut Elaun Harian Pelatih
dan layak mendapat bantuan kewangan pada kadar 100% tertakluk kepada
prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak PSMB dari masa ke semasa.
PROSEDUR PERMOHONAN MAJIKAN
Latihan akan dijalankan secara kursus
luaran yang dianjurkan oleh PSMB. PSMB akan mengedarkan brosur berserta
Borang Pendaftaran Program SMETAP PSMB/STP/1/07 kepada semua majikan
mengenai program latihan yang akan dijalankan.
Majikan yang berminat dikehendaki melengkapkan
borang tersebut dan mengembalikan kepada pihak Urusetia. Permohonan
yang lengkap dan tidak mempunyai masalah levi akan diluluskan.
PROSEDUR TUNTUTAN GERAN LATIHAN MAJIKAN
Majikan hanya layak membuat tuntutan
elaun harian pelatih dan tiket kapalterbang kelas ekonomi (jika berkenaan).
Untuk itu, setiap majikan yang telah mengikuti program ini akan diberikan
borang tuntutan PSMB/STP/T1/07 dan borang pengesahan kehadiran PSMB/STP/2/07.
Pihak majikan dikehendaki melengkapkan borang tersebut dan mengembalikan
kepada PSMB bersama-sama dokumen sokongan seperti resit atau baucar
bayaran sebagai bukti pembayaran.