| SKIM-SKIM LATIHAN PERANTISAN ANJURAN PSMB :- | ||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
| BORANG-BORANG SKIM PERANTIS | ||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
| PELUANG UNTUK MEMBENTUK KERJAYA YANG CEMERLANG | ||||||||||||||||
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melaksanakan Skim Perantisan Mekatronik, Skim Perantisan Industri Perhotelan, Skim Perantisan Pemesinan Industri, Skim Perantisan Teknologi Maklumat (Multimedia Artist - Authoring), Skim Perantisan Industri Berasaskan Kayu (Perabot), Skim Perantisan Operator Pengangkutan Multimodal ,Skim Perantisan "Plastics Injection Moulding" dan Skim Perantisan "Tool & Die Maker(Mould)" dan Skim Perantisan "Industrial Sewing Machide Technician". Skim-skim latihan perantisan ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran teknikal (multi-skills) di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang-peluang latihan kepada pelajar-pelajar lepasan PMR/SPM. |
||||||||||||||||
| KONSEP | ||||||||||||||||
|
Di bawah skim-skim latihan perantisan ini, pelajar-pelajar lepasan PMR/SPM akan dipilih dan ditaja oleh majikan sektor perindustrian dan perkhidmatan untuk mengikuti latihan teori dan praktikal selama 21/2 bulan - 6 bulan bagi modul pilihan dan 18 bulan bagi modul penuh. Para perantis akan dilatih di institusi-institusi latihan tempatan (off-the-job) serta menjalani latihan sambil kerja (on-the-job) di tempat/premis majikan penaja. Mereka yang dipilih dikehendaki menandatangani satu Kontrak Perantisan dengan majikan penaja dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Perantis dikehendaki berkhidmat dengan majikan penaja selama 1 hingga 3 tahun setelah tamat latihan (jika ditawarkan pekerjaan oleh majikan penaja). Perantis-perantis yang menamatkan latihan dengan jayanya akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2 (SKM 1 & 2) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh pihak Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Sijil Perantisan yang dianugerahkan oleh PSMB. |
||||||||||||||||
| MAKLUMAT LATIHAN | ||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
| KEMUDAHAN-KEMUDAHAN TAJAAN LAIN | ||||||||||||||||
Perantis akan diberi kemudahan tajaan oleh majikan penaja seperti berikut :-
Yuran latihan bagi perantis yang dipilih oleh majikan penaja akan dibiayai sepenuhnya oleh PSMB di bawah Tabung Skim Perantisan. |
||||||||||||||||
| KELAYAKAN MASUK | ||||||||||||||||
Kelayakan minimum calon bagi mengikuti Skim Perantisan adalah seperti berikut :-
|
||||||||||||||||
Permohonan Sebagai Majikan Penaja Majikan yang berdaftar dengan PSMB dikehendaki mengemukakan butir-butir penajaan dengan menghantar Borang Permohonan Menaja (PSMB/SP/2/2001) kepada PSMB melalui pos/faks sebulan sebelum latihan bermula. Permohonan Sebagai Calon Perantis Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan PSMB/SP/1/07 ataupun mendapatkan borang tersebut di pejabat PSMB dan hendaklah dihantar kepada PSMB seperti alamat berikut :- KETUA EKSEKUTIF u.p. : Cik Faezah Bt Jamil En Mohd Noor Shahzril B Hassan Para pemohon hendaklah menyertakan salinan keputusan peperiksaan PMR/SPM beserta satu keping gambar berukuran pasport. Calon-calon akan ditemuduga dan dipilih oleh majikan penaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Unit Perantisan di talian 03-20964800.
|