Peringatan Berkenaan Prosedur Pengesahan Dokumen
Adalah didapati sebahagian kecil majikan masih lagi menggunakan perkataan 'CTC" bagi mengesahkan salinan dokumen yang dihantar kepada PSMB. Ini menyebabkan banyak tuntutan-tuntutan majikan terpaksa dipulangkan. Ini bukan sahaja menyebabkan kadar kuiri meningkat tetapi ia sekaligus menyebabkan kelambatan dalam proses pembayaran tuntutan geran latihan.
Justeru suka diingatkan, penggunaan perkataan "Certified True Copy" tidak lagi diterima sebagai pengesahan kepada salinan resit, invois, baucar bayaran dan penyata bank. Pengesahan dokumen sokongan hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh PSMB iaitu seperti contoh dibawah. Ketetapan ini sudah lama dipraktiskan di PSMB dan ianya juga telah dinyatakan dalam Pekeliling Majikan Bil. 04/2004. Semoga setiap majikan akan mengambil serius terhadap perkara ini demi melancarkan tugasan bersama.
|
|