UCAPAN KETUA EKSEKUTIF
En. Tiew Hai San Bagi pihak PSMB, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia diatas kesudiannya melancarkan perasmian Persidangan PSMB 2008 dan menyampaikan Anugerah Pembangunan Sumber Manusia baru-baru ini. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua majikan dan penyedia latihan yang telah memenangi anugerah dan menerima sijil penghargaan. Terima kasih kepada semua peserta persidangan dan pameran yang telah menjayakan persidangan tahun ini. YB Menteri Sumber Manusia telah mengumumkan beberapa
langkah yang membolehkan majikan memaksimumkan penggunaan Kumpulan Wang
Pembangunan Sumber Manusia untuk latihan dan latihan semula pekerja. Dengan
itu, saya ingin menggesa para majikan merebut peluang ini dengan mempergiatkan
lagi usaha latihan mereka. Dalam tempoh suku terakhir tahun 2008, PSMB
akan meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kepada majikan dan penyedia
latihan dalam bidang pembangunan sumber manusia, terutamanya kepada industri
kecil dan sederhana agar menjadi tenaga kerja yang berdaya saing di pasaran
dunia. Adalah menjadi matalamat PSMB untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatannya
dan menggalakkan latihan dikalangan majikan. Terima kasih. Tiew Hai San |