Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2008


Pemenang Anugerah
1.

Latarbelakang

 

1.1

Anugerah Pembangunan Sumber Manusia dahulunya dikenali sebagai Anugerah Pembangunan Tenaga Mahir telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 khusus kepada majikan-majikan besar sahaja. Tujuan utama memperkenalkan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada majikan-majikan yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam Pembangunan Sumber Manusia. Kemudiannya Anugerah ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu majikan besar dan majikan kecil dan sederhana. Anugerah ini telah menjadi satu agenda tahunan Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk memberi pengiktirafan kepada majikan-majikan terbabit yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam Pembangunan Sumber Manusia. Penyampaian Anugerah ini akan dilakukan bersempena Persidangan PSMB 2008.

 

1.2

Untuk memberikan lebih impak, mulai tahun 2000 anugerah ini diperluaskan lagi merangkumi aktiviti Pembangunan Sumber Manusia bukan setakat Pembangunan Tenaga Mahir sahaja. Anugerah ini telah diberi nama anugerah “Menteri Sumber Manusia”. Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu majikan besar yang mempunyai pekerja seramai 150 orang dan lebih dan majikan kecil dan sederhana yang mempunyai pekerja kurang dari 150 dan dengan jualan tahunan kurang dari RM25 juta bagi Sektor Perkilangan. Bagi Sektor Perkhidmatan pula majikan besar yang mempunyai lebih daripada 50 orang dan Kategori Majikan Kecil & Sederhana dengan bilangan pekerja kurang dari 50 orang dengan jualan tahunan kurang dari RM 5 juta.

 

2.

Objektif / Rasional

 

 

Objektif penganugerahan “Anugerah Pembangunan Sumber Manusia” ini adalah:-

a) untuk memberi pengiktirafan kepada organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam Pembangunan Sumber Manusia.

b) merangsang majikan-majikan memperbaiki dan memperkukuhkan Pembangunan Sumber Manusia.

c) untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan majikan dalam Pembangunan Sumber Manusia.

 

3.

Bentuk Anugerah

 

 

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima:-

i) Sebuah trofi - “Piala Menteri Sumber Manusia 2008”
atau
“Piala Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2008”
(penilaian berasaskan kepada pencapaian prestasi tahun 2007) beserta sijil

ii) Sijil Penghargaan. - 3 majikan yang terbaik bagi setiap kategori

 

4.

Syarat Penyertaan

 

 

A. Semua majikan yang berdaftar (sektor perkilangan dan perkhidmatan) dan membayar levi dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad mengikut kategori iaitu:-

i) Kategori Majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Perkilangan)
- majikan yang mempunyai bilangan pekerja kurang daripada 150 orang dengan Jualan Tahunan kurang dari RM 25 juta.

ii) Kategori Majikan Besar (Perkilangan)
- majikan yang mempunyai bilangan pekerja lebih daripada 150 orang.

iii) Kategori Majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Perkhidmatan)
- majikan yang mempunyai bilangan pekerja kurang daripada 50 orang dan dengan Jualan Tahunan kurang dari RM 5 juta.

iv) Kategori Majikan Besar (Perkhidmatan)
- majikan yang mempunyai bilangan pekerja lebih daripada 50 orang.

v) Tidak mempunyai sebarang tunggakan atau faedah ke atas levi.

B. Pemberian Anugerah Pembangunan Sumber Manusia ini adalah tertakluk kepada Pembangunan Sumber Manusia yang menekankan aspek-aspek berikut:-

i) Komitmen pengurusan atasan
ii) Sistem Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Syarikat yang terancang dan sistematik
iii) Latihan dan pendidikan pekerja secara berterusan
iv) Impak latihan ke atas pelan perniagaan syarikat
v) Peranan dan tanggungjawab sosial yang telah dimainkan oleh syarikat

 

5.

Kriteria Pemilihan

 

5.1

Penilaian dibuat melalui borang soal selidik yang akan dikemukakan kepada majikan-majikan terbabit berasaskan kepada kriteria berikut:-
a) Latarbelakang syarikat
b) Dasar Pembangunan Sumber Manusia yang merangkumi :-
i) Pelan Perniagaan
ii) Faktor-faktor kejayaan kritikal.
iii) Polisi Latihan Majikan
iv) Objektif Latihan Majikan
v) Struktur Organisasi syarikat (memfokus kepada bahagian latihan)

c) Perancangan Latihan :-
i) Analisis Keperluan Latihan
ii) Pelan Latihan Tahunan
iii) Peruntukkan belanjawan dan perbelanjaan latihan
iv) Jumlah jam latihan setiap pekerja bagi tahun yang dinilai

d) Pelaksanaan Latihan
i) Pekerja Warganegara yang telah mengikuti Latihan
ii) Peratus Pekerja yang telah mengikuti latihan dari jumlah keseluruhan pekerja
iii) Peratus Pekerja Yang telah mengikuti berbanding pelan latihan

e) Kemudahan Latihan Dalaman Yang Disediakan

f) Penilaian keberkesanan latihan yang telah dijalankan oleh syarikat yang menjuruskan kepada memberi impak kepada Pencapaian Pelan Perniagaan Syarikat.
g) Tanggungjawab Sosial.

 

5.2

Kelayakan minima untuk disenarai pendekkan adalah 75% daripada skema markah yang telah ditetapkan.

 

6.

Pelawaan Pencalonan

 

 

Semua majikan yang berdaftar dengan PSMB perlu mengemukakan borang pencalonan kepada Urusetia Pencalonan Anugerah Pembangunan Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 30 Mei 2008.

 

7.

Syarat Penyertaan

 

 

i) Terbuka kepada semua majikan yang berdaftar dan membayar levi.
Penyertaan adalah melalui borang pencalonan.


ii) Borang pencalonan yang diterima selepas tarikh tutup 30 Mei 2008 tidak akan dilayan atau diberi pertimbangan.


v) Calon yang telah berjaya memenangi anugerah hanya boleh bertanding semula selepas tempoh 3 tahun.

 

8.

Lawatan Verifikasi

 

 

Lawatan Verifikasi bagi syarikat yang telah disenarai pendekkan (10 terbaik) akan diadakan bagi mengesahkan maklumat yang dikemukakan dalam borang pencalonan.

 

9.

Maklumbalas Pencalonan

 

 

Bagi majikan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak Urusetia sehingga ke bulan 30 Ogos 2008 adalah dianggap gagal secara sendirinya.

 

10.

Penyampaian Anugerah

 

 

Penyampaian anugerah ini akan dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang akan diadakan pada bulan Oktober 2008 bersempena dengan Persidangan PSMB 2008 di Kuala Lumpur/Selangor.

 

11.

Maklumat Lanjut

 

 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Azhari Bin Abu Bakar (03-2096 4815) , Cik Nur Adiera Binti Adnan (03-2096 4825) atau Puan Noriah Binti Mustaffa (03-2096 4851).